Search
Close this search box.
Tular di media sosial mengenai satu video yang memaparkan seorang anggota polis trafik yang mengenakan tindakan saman terhadap warganegara UK dengan jumlah yang tertentu. Foto Tangkap layar video tular

JSPT siasat anggota trafik saman, tawar bayaran saman ke atas pasangan warga UK – Bukit Aman

ByBernama

KUALA LUMPUR, 28 Jan: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) sedang melakukan siasatan terperinci susulan tular sebuah video tindakan anggota trafik menyaman dan menawarkan bayaran saman di lokasi kejadian ke atas pasangan warga United Kingdom yang dalam edisi jelajah Malaysia dengan kenderaan.

Video berkenaan dikesan pada 4.30 petang hari ini di YouTube.

Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata,  JSPT tidak akan bertoleransi dengan sebarang salah laku oleh mana-mana pegawai dan anggota yang terlibat.

Beliau dalam kenyataan hari ini berkata, JSPT mengambil maklum akan kejadian yang berlaku dan menasihatkan orang awam untuk tidak membuat sebarang spekulasi.

Menurutnya, JSPT akan memaklumkan perkembangan siasatan berhubung perkara ini dan juga tindakan lanjut yang akan diambil.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan dengan kejadian ini diminta menyalurkannya bagi membantu siasatan kepada JSPT melalui talian bilik gerakan 03-22663356 atau emel protrafik_ba@rmp.gov.my,” katanya.

Hari ini, tular di media sosial mengenai satu video yang memaparkan seorang anggota polis trafik yang mengenakan tindakan saman terhadap warganegara UK dengan jumlah yang tertentu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan