Search
Close this search box.
Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi menunaikan solat fardhu zohor di Masjid Jamek Negeri Sarawak, Kuching, hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

TYT serta isteri tunai solat zohor di Masjid Jamek

ByMuqri Aziz

KUCHING, 27 Jan: Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi menunaikan solat fardhu zohor bersama penduduk Kuching di Masjid Jamek Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Ketibaan mereka disambut Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datu Misnu Taha.

Turut mengiringi Wan Junaidi serta isteri ialah anak-anak kesayangannya yang turut bersama-sama menunaikan solat fardhu zohor.

Selepas mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada kira-kira 10.56 pagi, mereka berdua berangkat ke Tanah Perkuburan Islam Samariang bagi menziarahi pusara isteri tercinta Wan Junaidi, Allahyarhamah Datin Seri Feona Sim @ Norjanah Abdullah.

Allahyarhamah Feona Sim meninggal dunia pada 6 petang, 27 Mei 2022 di Borneo Medical Centre (BMC), Kuching akibat pendarahan dalaman ketika menerima rawatan di hospital berkenaan.

Wan Junaidi dan Allahyarhamah Feona Sim berkahwin pada 1972 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Sharifah Fariah, Sharifah Nong-Jasima, dan Sharifah Nuril Barieyah.

Beliau dijangka akan mengangkat sumpah jawatan menerusi satu majlis di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada 29 Januari (Isnin) pada jam 2.30 petang.

Wan Junaidi yang juga Yang di-Pertua Dewan Negara telah menerima surat cara pelantikan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur, semalam.

Wan Junaidi, 78, merupakan Yang di-Pertua Negeri Sarawak kelapan selepas Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan beliau dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Sarawak bagi tempoh empat tahun bermula 26 Jan 2024 hingga 26 Jan 2028. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan