Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Majlis Makan Malam Sambutan Jubli Emas SABERKAS malam tadi. Foto Rafi Muhammad (TVS)

Tun Dr Wan Junaidi berpengalaman luas, mampu beri perkhidmatan cemerlang kepada Sarawak

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 27 Jan: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yakin berdasarkan pengalaman luas yang dimiliki Tun Dr Wan Junaidi mampu memberikan sumbangan dan perkhidmatan cemerlang kepada rakyat Sarawak.

Beliau mengucapkan tahniah kepada Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar atas pelantikan sebagai Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak kelapan.

Tun Dr Wan Junaidi berpengalaman luas – Abang Johari.

“Ya. Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan dengan pelantikan Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

“Sudah tentu dengan pengalaman beliau di peringkat negeri dan persekutuan, saya percaya beliau boleh memberi sumbangan kepada negeri ini,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Makan Malam Sambutan Jubli Emas Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) di sini, malam tadi.

Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima surat cara pelantikan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur, semalam.

Beliau dijangka mengangkat sumpah jawatan menerusi satu majlis di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada 29 Januari ini.

Dalam masa sama, mengulas mengenai pelaburan hidrogen di Arab Saudi, Abang Johari mengulangi kembali akan penyertaan kumpulan ACWA Power yang berpangkalan di Arab Saudi menyatakan keinginan untuk mengintai peluang untuk melabur berkaitan hidrogen ammonia hijau di Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan