Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas semasa berucap pada Majlis Penutupan High Performance Team (HPT) Jabatan Kerja Raya Sarawak di Kuching, hari ini. Foto Alex Teo (TVS)

MIPD sasar capai 100 peratus perbelanjaan pembangunan bagi 2024 – Douglas Uggah

ByConnie Grace

KUCHING, 27 Jan: Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak (MIPD) menyasarkan sifar projek sakit dan mencapai 100 peratus perbelanjaan pembangunan pada tahun ini, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau berkata, jumlah peratusan yang dicatatkan MIPD pada tahun lalu merupakan antara yang tertinggi berbanding kementerian lain.

Katanya, pada masa ini, MIPD mempunyai 96 projek sakit susulan pandemik COVID-19 dan dua daripadanya sudah berjaya diselesaikan.

“Saya bangga untuk menyatakan bahawa pada tahun 2023 perbelanjaan pembangunan kita adalah 85.69 peratus. Ini menunjukkan tahap komitmen yang tinggi MIPD dan JKR untuk bekerjasama dalam menyampaikan tanggungjawab mereka kepada rakyat.

“Bagi tahun 2024, dengan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM799.5 juta, tahun ini sasaran kita (MIPD) adalah 100 peratus dan ini bermakna lebih banyak jalan, jambatan dan kemudahan lain akan dibina khususnya di kawasan luar bandar,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupam High Performance Team (HPT) Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak di sini, hari ini.

Beliau yang juga menteri MIPD menambah, seiring dengan semangat ‘Segulai Sejalai’, MIPD akan melaksanakan projek mengikut jadual atau lebih awal serta menekankan piawaian dan spesifikasi yang telah ditetapkan.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Ir. Aidel Lariwoo dan Pengarah JKR Sarawak, Datu Richard Tajan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan