Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague pada Jumaat mengarahkan Israel supaya mengambil semua langkah yang mungkin untuk mencegah tindakan pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza. Foto AFP

ICJ perintah Israel ambil tindakan cegah tindakan genosid di Gaza

ByBernama

THE HAGUE, 27 Jan: Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague pada Jumaat mengarahkan Israel supaya mengambil semua langkah yang mungkin untuk mencegah tindakan pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza.

Mahkamah itu juga menuntut Israel melaporkan langkah yang akan diambil berhubung perintah itu dalam tempoh sebulan, lapor agensi berita Xinhua.

Pada 29 Disember 2023, Afrika Selatan memfailkan permohonan kepada ICJ untuk prosiding terhadap Israel, berhubung dakwaan pelanggaran terhadap kewajipannya mengikut Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai Pencegahan dan Penghukuman Jenayah Genosid berkaitan penduduk Palestin di Semenanjung Gaza. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan