Search
Close this search box.
Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isterinya, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi. Foto Astana Negeri Sarawak

TPM Fadillah ucap tahniah atas pelantikan Wan Junaidi sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak

ByBernama

KUALA LUMPUR, 26 Jan: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan tahniah kepada Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar atas pelantikan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak kelapan.

“Moga Sarawak terus maju makmur di bawah Tuan Yang Terutama Tun,” kata Fadillah menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, Wan Junaidi yang juga bekas Yang di-Pertua Dewan Negara dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang baharu berkuat kuasa hari ini, menggantikan Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang memegang jawatan berkenaan selama 10 tahun sejak Mac 2014.

Pelantikan Wan Junaidi dibuat mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Sarawak bagi tempoh empat tahun dari 26 Jan 2024 hingga 26 Jan 2028. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan