Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata penganjuran SUKMA ke-21 menyasarkan lebih ramai sukarelawan bagi memastikan kelancaran penganjuran temasya sukan itu. Foto TVS

Sarawak sasar lebih ramai sukarelawan SUKMA ke-21

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 26 Jan: Sarawak menyasarkan lebih ramai penglibatan sukarelawan sebagai pelengkap persediaan menjelang temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 yang akan berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos depan.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata pihaknya akan mempertimbangkan penyertaan daripada pelbagai pihak termasuk masyarakat setempat dan pelajar.

“Saya percaya ramai juga masyarakat yang akan kita babitkan, termasuk pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi dan kemungkinan ramai daripada mereka bukan dari Sarawak.

“Mungkin mereka menuntut di sini dan kalau mereka mahu untuk membantu kontinjen-kontinjen dari Semenanjung kita akan serapkan mereka,” katanya.

Abdul Karim berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Apresiasi Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Sarawak di sini, malam tadi.

Menurutnya, SUKMA kali ini adalah yang paling terbesar pernah dianjurkan dengan membabitkan 37 jenis acara sukan.

“Memandangkan jumlah acara pada kali ini adalah terbanyak iaitu 37 jenis sukan dan sembilan bahagian sudah tentu kita memerlukan sukarelawan yang lebih ramai,” jelasnya.

Pada edisi SUKMA ke-20 di Kuala Lumpur, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerima 10,000 permohonan untuk menjadi sukaralewan, namun hanya 700 sukarelawan sahaja diterima. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan