Search
Close this search box.
Dato Mancha Ata menunjukkan dadah yang dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Miri, hari ini. Foto: TVS

Polis rampas dadah 25.7kg, tahan tiga lelaki

MIRI, 26 Jan: Tiga lelaki ditangkap dalam operasi rampasan dadah jenis syabu seberat 25.7 kilogram yang bernilai RM848,100 di sini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata berkata seorang lelaki berusia 22 tahun ditangkap menerusi operasi pertama di Lapangan Terbang Miri pada 24 Januari.

Dato Mancha Ata menunjukkan hasil rampasan dadah pada sesi sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Miri pada Jumaat. Foto TVS

Jelasnya, semasa operasi susulan pihaknya pada hari yang sama, polis menahan dua lelaki di kawasan tempat letak kereta di sebuah pasar raya di Riam.

“Ketiga-tiga suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine hasil ujian saringan awal yang dijalankan ke atas mereka,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Miri, hari ini.

Menurutnya, suspek pertama kini ditahan reman selama tujuh hari bermula 25 Januari hingga 1 Februari 2024, manakala suspek kedua dan ketiga ditahan reman selama lima hari bermula 25 Januari hingga 30 Januari 2024.

Polis turut menyita sebuah kereta bernilai RM16,00.00 yang dimiliki suspek kedua dalam operasi tersebut.

Pihaknya turut menyita dua bentuk cincin emas dengan berat kasar 5.12 gram dan 3.77 gram yang masing-masing bernilai RM1,536.00 dan RM1,131.00.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan