Search
Close this search box.
Ahmad Zulqarnain Onn akan menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP berkuat kuasa 19 Feb 2024. Foto PNB

Ahmad Zulqarnain letak jawatan di PNB, dilantik sebagai CEO KWSP

ByBernama

KUALA LUMPUR, 26 Jan: Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB) Ahmad Zulqarnain Onn akan meletakkan jawatan berkuat kuasa 16 Feb 2024, dan akan menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkuat kuasa 19 Feb 2024.

Pengerusi KWSP Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata, dana persaraan itu berharap kepimpinan Ahmad Zulqarnain yang dinamik akan memacu KWSP ke tahap baharu.

“Seluruh pasukan KWSP akan memastikan peralihan yang lancar dan meletakkan keyakinan penuh terhadap kepimpinan dan hala tuju strategik Ahmad Zulqarnain dalam memenuhi misi KWSP untuk melindungi masa depan persaraan dan kesejahteraan 15.9 juta ahli KWSP,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Zulqarnain akan menggantikan Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan yang telah dilantik sebagai Menteri Kewangan II selepas mengetuai KWSP sejak 1 Mac 2021.

KWSP berkata, selain itu Ahmad Zulqarnain mempunyai pengalaman korporat yang luas dan memegang beberapa jawatan penting sebelum pelantikan ini seperti CEO Danajamin Nasional Bhd dan Timbalan Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd.

Dalam kenyataan berasingan, Pengerusi Kumpulan PNB Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda berkata kepimpinan Ahmad Zulqarnain telah memainkan peranan penting dalam menyusun pelan strategik tiga tahun yang baharu dan mengemudi PNB ke arah meningkatkan pulangan portfolio, ketangkasan operasi, memperkukuh keupayaan organisasi untuk menjadi progresif dan bertindak balas secara berkesan kepada cabaran yang dinamik.

“Bagi pihak lembaga pengarah, pengurusan dan kakitangan di PNB, saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ahmad Zulqarnain atas sumbangannya yang tidak ternilai kepada PNB, Amanah Saham Nasional Bhd dan kumpulan syarikat PNB sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di sini,” katanya.

Ahmad Zulqarnain telah meneraju PNB lebih daripada tiga tahun dan memainkan peranan penting dalam memajukan mandat PNB, mencatat pencapaian penting perniagaan, dan dalam memupuk inovasi.

“Beliau amat berdedikasi dalam mengukuhkan kepercayaan negara terhadap PNB dan memperbaharu matlamat menyeluruh organisasi: untuk mengukuh kedudukan kewangan rakyat, merentas generasi,” kata PNB. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan