Search
Close this search box.
Pengerusi FMM Sarawak, Dato Sri Victor Hii Lu Thian melakukan kunjungan hormat bertemu Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini. Foto, TVS.

Sektor perindustrian Sarawak perlu mampu bersaing di peringkat antarabangsa

KUCHING, 25 Jan: Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) Sarawak mahu sektor perindustrian wilayah ini beralih ke peringkat nilai tambah yang lebih tinggi.

Pengerusinya, Dato Sri Victor Hii Lu Thian berkata, ke arah menjayakan hasrat berkenaan, usaha bersama dengan Kerajaan Sarawak sangat penting untuk mengangkat industri supaya mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Pada masa sama, Lu Thian berkata, FMM Sarawak sentiasa senada dengan visi Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang mahu pembangunan Bumi Kenyalang juga dijayakan oleh pemain industri yang ada.

“Ini termasuk menyediakan kemahiran dan tenaga kerja yang bersesuaian dengan keperluan industri pada masa ini.

“Beberapa isu (yang timbul perlu) dilihat semula untuk membantu perindustrian di Sarawak bergerak ke peringkat yang tertinggi,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat bertemu Abang Johari di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Lu Thian berkata, pihak berkepentingan di Sarawak merangkumi sektor kerajaan dan swasta perlu bekerjasama untuk melaksanakan pelan perancangan yang dirancang.

“Ini termasuklah membekalkan kemahiran dan tenaga kerja yang tepat kepada industri,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan