Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Dato Sri Nancy Shukri merakam kenangan bersama para pelajar pada Majlis Simbolik inisiatif Sarapan Pagi dan Majis Apresiasi Pelajar Cemerlang SMK Santubong pada Khamis. Foto TVS

Program Sarapan Pagi Pelajar SPM: 21 buah sekolah di Santubong nikmati bantuan sarapan

KUCHING, 25 Jan: Sejumlah 21 buah sekolah di Parlimen Santubong menyertai Program Sarapan Pagi Pelajar SPM (PSP) fasa pertama yang mula dilaksanakan hari ini, 25 Januari.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Dato Sri Nancy Shukri berkata, inisiatif berkenaan melibatkan peruntukan berjumlah RM5,000 untuk setiap sekolah iaitu merangkumi RM50 untuk setiap pelajar.

Menurutnya program tajaan Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dan KPWKM itu diperkenalkan sebagai usaha untuk memastikan para pelajar di negara ini kekal sihat dan cergas ketika berada di sekolah sekali gus penyuntik semangat kepada mereka agar terus menumpukan perhatian dalam pembelajaran.

“Sebelum ini, peruntukan itu berfasa dan tidak berapa lancar daripada segi pembahagian, tetapi Alhamdulillah tahun ini kita akan teruskan seperti biasa, dengan lebih teratur,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Simbolik inisiatif Sarapan Pagi dan Majis Apresiasi Pelajar Cemerlang SMK Santubong pada Khamis.

Dalam perkembangan lain, Ahli Parlimen Santubong itu berkata, pihaknya turut menyediakan bantuan kewangan kepada para pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) awam dan swasta bagi meringankan beban ibu bapa.

Nancy memberitahu bantuan tersebut antara lain bagi memudahkan pelajar terlibat membeli kemudahan pelajaran serta jumlah atau jenis bantuan bergantung kepada lokasi mereka melanjutkan pelajaran.

“Itu bergantung kepada kawasan di mana kalau di seluruh Sarawak. Kita melihat pada keadaan dimana kita belajar dan di mana kita memberi bantuan bergantung kepada jenis bantuan,” ujarnya.

Terdahulu, majlis menyaksikan seramai 104 pelajar SPM SMK Santubong menerima inisiatif tersebut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan