Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak. Datuk Amar Douglas Uggah Embas berucap pada Majlis Pelancaran Kamus English-Iban di Kampus Batu Lintang pada khamis. Foto, TVS.

Pindahkan Unit Pengajian Bahasa Iban UPSI ke Sarawak – Uggah

ByFebbright James

KUCHING, 25 Jan: Sarawak mencadangkan agar Unit Pengajian Bahasa Iban di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dipindahkan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negeri ini.

Perkara itu menurut Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, bagi mengatasi isu kekurangan pensyarah di institusi pendidikan berkenaan.

Beliau optimis cadangan berkenaan juga akan memudahkan sistem pengajaran atau latihan kepada guru-guru dan pensyarah berkaitan.

“Ramai guru bahasa Iban yang layak memohon (menjadi pensyarah) namun terpaksa membatalkan niat mereka kerana lokasi yang jauh dan kekangan keluarga.

“Maka saya akan menulis surat kepada menteri untuk mencadangkan Pusat Pengajian Bahasa Iban dipindahkan ke Sarawak bagi mengatasi kekurangan pensyarah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Kamus English-Iban di Kampus Batu Lintang pada Khamis.

Terdahulu, bercakap kepada media selepas majlis tersebut, Uggah memaklumkan kekangan dalam mencari pensyarah yang mahir dan pakar dalam bahasa Iban untuk mengajar di Univeristi.

“Saya akan berbincang dengan lebih lanjut sama ada kita akan membawa ke univeristi tempatan iaitu Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) berkaitan perkara ini. Hal ini demikian, agar rakyat Sarawak boleh menyertai kursus (Bahasa Iban) di kaki tangga sendiri,” ujarnya.

Uggah menekankan bahawa para guru yang dilahirkan di institusi pendidikan memainkan peranan penting dalam memartabatkan bahasa iban, jadi wajar untuk menambah bilangan guru-guru dan pensyarah terlatih kerana bilangan mereka sedia ada kini sangat terhad.

“Berdasarkan data bahasa Iban sesi akademik 2022/2023 jumlah guru bahasa Iban 2,836 orang namun hanya 380 orang guru yang mempunyai ‘major’ dalam Iban di sekolah rendah.

“Manakala untuk sekolah menengah pula seramai 282 guru bahasa Iban dan dari jumlah tersebut hanya 63 orang sahaja yang ada ‘major’ bahasa Iban. Maka adalah perlu untuk kita berushaa menentukan guru-guru dilatih memenuhi kepelruan dan kehendak pada masa akan datang,” jelasnya.

Tambahnya, guru-guru dan pelajar di institusi pendidikan harus dilatih menguasai bahasa Iban dengan baik agar mereka dapat menampung keperluan semasa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan