Search
Close this search box.
Seorang pesara guru di Taman Bercham Jaya di Ipoh berputih mata apabila wang miliknya hampir setengah juta ringgit lesap selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan sindiket pelaburan tidak wujud. Foto hiasan Envato

Pesara guru rugi RM442,947 ditipu pelaburan tidak wujud di WhatsApp

IPOH, 25 Jan: Seorang pesara guru di Taman Bercham Jaya di sini berputih mata apabila wang miliknya hampir setengah juta ringgit lesap selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan sindiket pelaburan tidak wujud semalam.

Wanita berusia 69 tahun itu dikatakan mula diperdaya selepas nombor telefonnya dimasukkan ke dalam satu kumpulan aplikasi sosial WhatsApp pada Ogos lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pada kumpulan WhatsApp itu tertera dalam bahasa Cina: ‘S4 Pandangan Baru Terhadap Kekayaan Group’ yang menawarkan pelaburan wang.

Katanya, suspek yang berperanan sebagai pentadbir kumpulan telah menunjukkan cara-cara menyertai skim pelaburan ‘Accerx’ itu sehingga menarik minat mangsa.

“Pengadu (mangsa) telah memasukkan dana sebanyak 17 kali ke dalam 12 akaun bank berbeza berjumlah RM442,947.

“Namun, apabila dia ingin mengeluarkan wang keuntungan pelaburan, suspek telah memintanya terus membuat pembayaran sebelum menyedari dirinya ditipu dan membuat laporan polis semalam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Ujar Mohd Yusri, pihaknya menyeru orang ramai supaya berwaspada terhadap tawaran-tawaran pelaburan di platform media sosial khususnya melalui aplikasi kewangan atau pelaburan yang tidak diluluskan oleh Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa.

Katanya, orang awam boleh menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 sekiranya menjadi mangsa, manakala sebarang pertanyaan mengenai jenayah penipuan boleh menghubungi infoline Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) di talian WhatsApp 013-211 1222. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan