Search
Close this search box.
Anggota APM Limbang berada di lokasi kejadian bagi melakukan operasi pencarian mangsa. Foto APM Limbang

Lelaki hilang selepas buru rusa dalam hutan di Limbang

LIMBANG, 25 Jan: Seorang lelaki yang keluar ke hutan untuk berburu bersama dua ahli keluarga lain di Kampung Pandak Limbang di sini dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumahnya sejak Rabu.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang, Leftenan (PA) Mirwan Shah Masri berkata mangsa yang hilang dikenali sebagai Safian Manang, 51 tahun, dalam kejadian yang berlaku jam 2 petang, semalam.

Katanya, mangsa sebelum ini dikatakan membantu anak saudaranya masuk ke dalam hutan bersama seorang lagi ahli keluarganya bagi membawa keluar hasil memburu seekor rusa yang berjaya ditangkap.

“Anak saudara meminta bantuan mangsa untuk mengangkat rusa yang diburu dan mereka masuk semula ke hutan.

“Bagaimanapun anak saudara dan seorang lagi ahli keluarga berjaya keluar hutan namun mangsa tidak keluar dari hutan dan bimbang dengan keselamatan mangsa, penduduk kampung melakukan pencarian hari ini bermula jam 12 tengah hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Limbang menerima panggilan daripada pihak polis iaitu Kes Orang Hilang (LLK) di Kampung Pandak Limbang hari ini kira-kira jam 3.50 petang.

“Sepasukan anggota bergerak ke lokasi yang jauhnya 23 kilometer jam 4 petang hari ini.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijangka akan dimulakan esok dengan kolaborasi bersama agensi berkaitan dan penduduk kampung,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan