Search
Close this search box.
Fazzrudin Abdul Rahman berkata kontraktor pelaksana projek pembentungan perlu mengutamakan keselamatan pengguna jalan raya. Foto TVS

Kontraktor diminta pastikan projek pembentungan tidak jejas pengguna jalan raya

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 25 Jan: Kontraktor pelaksana projek pembentungan di kawasan Dewan Undangan Negeri Tupong diminta memastikan agar ia tidak menjejaskan pengguna jalan raya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman berkata projek menambah baik sistem pembentungan di kawasan DUN Tupong itu membabitkan 80 peratus, yang turut membabitkan laluan utama pengguna jalan raya.

Pastikan projek pembentungan tidak jejas pengguna | TVS

“Memandangkan projek ini dilaksanakan di atas jalan raya sedia ada, sudah tentu ia menyebabkan ketidakselesaan pengguna jalan raya dan sudah tentu untuk beberapa projek itu telah mengakibatkan keselamatan pengguna jalan sedikit terjejas,” katanya ditemui selepas sesi rakaman sebuah program terbitan TVS di sini, hari ini.

Menurutnya, beliau telah mengadakan perjumpaan dengan kontraktor pelaksana untuk memohon agar projek berkenaan dapat diselia dengan lebih baik.

Antara kawasan yang terlibat ialah Kampung Pinang Jawa, Taman Sri Wangi, Laruh Skim dan beberapa kawasan kediaman berhampiran yang lain.

Justeru beliau menekankan kepada pihak kontraktor agar dapat mengatasi permasalahan ini bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya tetap terjamin. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan