Search
Close this search box.
Datuk Bandar MBKS, Dato Wee Hong Seng dan Presiden Persatuan Kuil Hindu Sri Maha Mariamman Shankar Ram meninjau sekitar kuil. Foto, Aziz Soleh (TVS).

Hiasan Kuil Sri Maha Mariamman hasil tangan pengukir terbaik di Asia Tenggara

ByOdleen Catherny

KUCHING, 25 Jan: Kerja pengubahsuaian Kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Rock di sini telah mencapai 70 peratus siap serta kini di peringkat kerja-kerja pengukiran hiasan yang rumit.

Presiden Persatuan Kuil Hindu Sri Maha Mariamman Shankar Ram berkata kerja pembinaan kuil berkenaan telah dilaksanakan dengan perkhidmatan arkitek terbaik di Asia Tenggara yang berpengalaman membina kuil di Singapura, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Indonesia.

Selain itu, menurut Shankar kerja pengukiran hiasan kuil yang rumit telah dilakukan oleh para pekerja binaan yang dibawakan khas dari India.

“Untuk membina kuil, mereka perlu melakukan beberapa ritual dan juga bersembahyang. Mereka bukan semata-mata membina. Pekerja-pekerja ini juga merupakan vegetarian tulen dan tidak mengambil sebarang bentuk pemakanan daging,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas upacara keagamaan sempena sambutan Thaipusam di Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Rock, di sini, hari ini.

Turut hadir Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng.

Mengulas lanjut katanya, tenaga kerja dari India itu telah berada di Sarawak sejak setahun lalu dan setakat ini pembinaan kuil tersebut kini menelan kos sekitar RM3.7 juta.

“Kos mungkin akan meningkat lagi, kerana kelewatan akibat situasi pandemik COVID-19 sebelum ini namun kita akan mampu melihat hasil sebuah kuil yang cantik.

Ini akan menjadi kuil tertinggi di Borneo, dan yang kedua di Malaysia. Sekiranya kita ada tanah yang lebih luas, kita akan mampu membina kuil ini sehingga 7 tingkat. Sekarang ini hanya 5 tingkat,” jelasnya.

Kerajaan Sarawak juga katanya telah menyumbang dana yang besar iaitu sebanyak RM2.3 juta untuk pembinaan kuil tersebut.

Untuk rekod, projek kuil itu bermula pada November 2019 dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Ogos tahun ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan