Search
Close this search box.
Datuk Seri Fadillah Yusof (tengah) bergambar bersama tetamu yang hadir selepas melancarkan ‘Global MADANI Awards’ di sini malam tadi. Foto, Fadillah Yusof (FB).

Anugerah Global MADANI iktiraf sumbangan komuniti tempatan, antarabangsa

ByBernama

KUALA LUMPUR, 25 Jan: Yayasan Pusat Dasar dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) buat julung kalinya memperkenalkan Anugerah Global MADANI bagi menghargai dan mengangkat sumbangan komuniti tempatan serta antarabangsa yang melakukan transformasi mengikut enam teras Malaysia MADANI.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata anugerah itu merupakan inisiatif yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan visi untuk menjadi anugerah global terkemuka.

“Diharapkan dengan peluncuran anugerah ini, nilai-nilai Malaysia MADANI berserta semangatnya akan dapat diterapkan bukan sahaja dalam kalangan rakyat Malaysia malah diperkenalkan kepada masyarakat dunia,” katanya kepada pemberita selepas prapelancaran Anugerah Global MADANI di sini hari ini.

Turut hadir Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin.

Sementara itu, Shamsul Iskandar berkata Anugerah Global MADANI diharapkan menjadi inspirasi yang mendorong kepada nilai-nilai yang dapat membentuk masa hadapan lebih baik.

“Kita yakin pengiktirafan yang diberi kepada individu dan personaliti terlibat akan menyuntik dalam diri mereka rasa dihargai dan lebih penting lagi, rasa tanggungjawab bahawa tugas mereka untuk melaksanakan enam teras Malaysia MADANI perlu diteruskan tanpa henti dan terus memberi insipirasi kepada orang lain,” katanya.

Beliau berkata dengan itu barulah cita-cita Malaysia MADANI dapat diterjemahkan secara holistik dan difahami oleh semua lapisan masyarakat.

“Sebagai badan pemikir, ini adalah peluang terbaik untuk Yayasan PEACE dalam membantu kerajaan menggalakkan gagasan Malaysia MADANI kepada semua lapisan masyarakat dan seluruh rakyat Malaysia,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan