Search
Close this search box.
Insiden terjadi apabila sebuah trak yang membawa 60 tan gas asli cecair (LNG) bertembung dengan sebuah kereta lalu meletup pada awal pagi Rabu, kata Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan Mongolia (NEMA) di laman webnya. Foto AFP.

Trak LNG meletup, enam maut

ULAANBAATAR (Mongolia), 24 Jan: Enam orang terbunuh manakala 14 lagi cedera dalam insiden letupan gas yang disebabkan oleh kemalangan jalan raya di ibu negara Mongolia hari ini.

Insiden membabitkan sebuah trak yang membawa 60 tan gas asli cecair (LNG) bertembung dengan sebuah kereta lalu meletup pada awal pagi tadi, kata Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan Mongolia (NEMA) di laman webnya.

Anggota bomba bekerja di tempat kejadian letupan akibat kemalangan jalan raya. Foto AFP.

“Pemeriksaan awal mendapati tiga orang maut dalam kebakaran itu.

“Tiga anggota bomba turut terbunuh manakala 14 orang cedera dan telah dihantar ke hospital untuk rawatan,” tambah NEMA.

Sepuluh mangsa melecur manakala seorang kanak-kanak dirawat kerana keracunan.

Pasukan penyelamat telah dihantar ke tempat kejadian dan api berjaya dipadamkan, jelas NEMA.

NEMA turut memaklumkan penduduk di blok pangsapuri berdekatan telah dipindahkan buat sementara sambil menambah jalan di sekitar kawasan kejadian ditutup untuk proses pembersihan serpihan letupan.

Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Mongolia, Richard Buangan berkata, beliau berasa sangat sedih apabila menerima berita mengenai kemalangan tragis itu.

“Saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan sekerja anggota kakitangan NEMA yang kehilangan nyawa dalam peristiwa yang dahsyat ini,” katanya dalam catatan di platform media sosial X. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan