Search
Close this search box.
Pemain Syria meraikan kejayaan layak ke pusingan 16 terbaik Piala Asia 2023 bersama penyokong mereka di di Stadium Al-Bayt Stadium, malam tadi. Foto, AFP.

Syria lakar sejarah ke pusingan kalah mati, menang tipis menentang India

ByBernama

DOHA, 24 Jan: Penyerang Omar Khrbin turun daripada bangku simpanan untuk muncul wira Syria selepas menewaskan India 1-0, sekali gus mara ke pusingan 16 Piala Asia 2023, sebagai satu daripada empat pasukan terbaik di tempat ketiga, di Stadium Al Bayt di sini malam tadi.

Gol kemenangan hadir pada minit ke-75, melakar pencapaian bersejarah bagi skuad Qasioun Eagles itu apabila buat kali pertama berjaya ke peringkat kalah mati dalam tujuh percubaan dengan menduduki tempat ketiga dalam Kumpulan B.

Ketua jurulatih India, Igor Stimac melakukan perubahan strategik apabila membawa masuk pemain tengah Lallianzuala Chhangte dan Deepak Tangri, serta memperkukuh barisan pertahanan dengan pemain berpengalaman Subhasish Bose.

Skuad Blue Tigers memulakan aksi begitu baik, dengan cubaan Mahesh Naorem dihalang penjaga gol Syria Ahmad Madanieh sebelum Syria menyerang balas dengan tandukan berbisa daripada Pablo Sabbag sebelum diselamatkan oleh penjaga gawang India Gurpreet Singh Sandhu.

Memasuki babak seterusnya, kedua-dua pasukan berusaha mencari gol pembukaan sebelum Syria membawa masuk Khrbin.

Gol kelas dunia Al Haydos bawa Qatar ke pusingan 16 terbaik

Walaupun cubaan awalnya dihalang Bose, Syria berjaya memanfaatkan peluang pada minit ke-75 apabila Khrbin meledakkan rembatan kaki kanan ke tengah-tengah kotak penalti yang melepasi Gurpreet, sekali gus menjaringkan gol ke-22 untuk pasukan kebangsaan.

Son Heung-min pun manusia biasa – Muhammad Safawi

Meskipun India berusaha bermati-matian pada 10 minit terakhir, pasukan itu gagal menyamakan jaringan dan menamatkan kempen Piala Asia tanpa sebarang mata dan gol.

Dalam satu lagi aksi Kumpulan B di Stadium Al Janoub, Australia menduduki tempat teratas dengan tujuh mata selepas seri 1-1 menentang Uzbekistan yang meraih lima mata bagi menamatkan saingan peringkat kumpulan di tempat kedua, dengan hanya satu mata di hadapan Syria.

Piala Asia 2023: Thailand kekal rekod tanpa kalah, cerahkan peluang ke pusingan kalah mati

Keputusan itu menyaksikan Australia bakal berdepan pasukan di tempat ketiga pada pusingan 16, manakala Uzbekistan bertemu naib juara Kumpulan F dan Syria pula menentang juara Kumpulan C. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan