Search
Close this search box.
Timbalan Presiden SCCI, Datuk Philip Ting berucap semasa Deligasi Perdagangan Perancis ke Sarawak di Hotel Pullman di Kuching pada Rabu. Foto TVS

Sektor swasta perlu bergerak selaras langkah kerajaan pacu ekonomi Sarawak

KUCHING, 24 Jan: Sektor swasta disaran terus bergerak selaras dengan langkah kerajaan dalam memacu ekonomi Sarawak khususnya membabitkan pelaburan dalam negara.

Timbalan Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Sarawak (SCCI), Datuk Philip Ting berkata, sektor swasta mempunyai hubungan yang baik dengan pihak kerajaan sehingga membolehkan mereka menjadi rakan kongsi yang menyumbang kepada usaha pengukuhan ekonomi negeri.

Hubungan tersebut gambaran jelas peranan keduanya untuk terus membangunkan prasarana dalam usaha meningkatkan pelaburan ke Sarawak.

“Kami di sektor swasta sangat selaras dengan langkah kerajaan. Saya perlu menunjukkan kepada anda bahawa semua pelabur kami mempunyai hubungan rapat dengan Kerajaan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa kunjungan Deligasi Perdagangan Perancis ke Sarawak di Hotel Pullman di sini pada Rabu.

Terdahulu, hasil perdagangan serantau Malaysia-Perancis telah mencapai hampir RM28.5 bilion pada tahun 2022.

Perdagangan tersebut telah melibatkan 550 entiti termasuk 300 anak syarikat Perancis dan 250 usahawan, dengan lebih daripada 25,000 pekerja. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan