Search
Close this search box.
Anggota polis IPD Miri melakukan siasatan di lokasi kejadian seorang lelaki ditemukan maut malam tadi.Foto, IPD Miri.

Pekerja ladang ayam di Lambir maut akibat tusukan pada kepala, majikan ditahan

MIRI, 24 Jan: Seorang pekerja di tempat penternakan ayam di Lambir yang ditemui tidak sedarkan diri dengan kesan tusukan pada bahagian kepala disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner (ACP) Alexson Naga Chabu berkata, mangsa berusia 46 tahun itu disahkan meninggal dunia ketika tiba di Hospital Miri.

Kata beliau, polis menerima maklumat kejadian daripada orang awam pada pukul 10.30 malam tadi.

“Susulan itu sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan siasatan.

“Polis telah menahan dua lelaki tempatan berusia 36 dan 46 tahun yang juga majikan mangsa untuk membantu siasatan,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan