SPRM tahan empat ahli perniagaan termasuk bekas setiausaha politik dan Datuk Seri

PUTRAJAYA, 24 Jan: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat ahli perniagaan termasuk seorang bekas setiausaha politik kepada seorang bekas menteri dan seorang individu bergelar “Datuk Seri” yang disyaki menerima suapan daripada beberapa syarikat serta kontraktor yang telah mendapat tender di sebuah kementerian.