Search
Close this search box.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata,bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen Sarawak di Kuching pada Rabu. Foto TVS

Miliki senjata api buatan sendiri, tanpa lesen boleh didenda RM10,000

KUCHING, 24 Jan: Individu yang memiliki senjata api buatan sendiri serta tanpa lesen diminta segera menyerahkan ia kepada polis.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata berkata, pemilikan senjata demikian merupakan kesalahan yang boleh didakwa di bawah Akta Senjata 1960, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun dan denda tidak melebihi RM10, 000.

“Pihak polis tidak akan berkompromi dengan sesiapa yang memiliki senjata api buatan sendiri tanpa lesen.

“Mereka yang memiliki senjata api buatan sendiri tanpa lesen ini dinasihati agar segera menyerahkannya kepada pihak polis sebelum tindakan diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di Kuching pada Rabu.

Mancha menegaskan bahawa pihak polis memandang serius isu pemilikan senjata api buatan sendiri dan tanpa lesen bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Terdahulu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Julau pada 16 Januari 2024 menerima satu laporan berhubung kejadian yang mengakibatkan kecederaan berikutan letupan senjatapi buatan sendiri.

Susulan kejadian terbabit, mangsa yang cedera di bahagian paha kiri dikejarkan ke Hospital Sarikei bagi mendapatkan rawatan dan dilaporkan stabil.

Kes terbabit di siasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata 1960. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan