Search
Close this search box.
Dato Mancha Ata, menunjukkan sebahagian dadah yang dirampas pada sidang media di IPK Sarawak hari ini. Foto, TVS.

Lelaki bawa 8.3 kg dadah dalam bagasi ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Miri

KUCHING, 24 Jan: Polis merampas dadah bernilai RM426,600 menerusi dua operasi di Miri, Sarawak baru – baru ini.

Pesuruhajaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata berkata, operasi pertama pada 19 Januari lepas di belakang sebuah restoran di Taman Piasau Indah, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak menahan seorang lelaki berusia 26 tahun.

Lelaki Nigeria jatuh tingkat 16, dua rakan direman kes dadah

Kata beliau, polis merampas dua paket serbuk disyaki campuran ekstasi seberat 54.7 gram selepas melakukan pemeriksaan terhadap suspek.

“Polis kemudiannya menyerbu sebuah pangsapuri di kawasan berhampiran dan menemukan pelbagai jenis dadah termasuk 12.8 kilogram (kg) serbuk disyaki campuran estasi, 1.7 gram disyaki ketamin dan 0.3 gram disyaki pil estasi,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Buruh didakwa edar 528 kg dadah

Mancha memberitahu, nilai keseluruhan dadah yang dirampas itu dianggarkan RM152,700.

“Ujian air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah selain memiliki empat rekod lampau berkaitan kesalahan narkotik,” katanya.

Sementara itu beliau memberitahu, pada 21 Januari lepas, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri menahan seorang lelaki di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Miri.

“Pemeriksaan terhadap bagasi yang dibawanya mendapati terdapat 8.3 kg dadah disyaki syabu bernilai RM273,900,”katanya.

Tambah beliau, ujian air kencing mendapati lelaki berusia 26 tahun itu positif dadah jenis methamphetamine.

“Suspek mempunyai satu rekod lampau berkaitan jenayah dadah dan polis turut menyita sebuah kereta jenis Perodua Myvi,” ujarnya.

Menurut Macha siasatan mendapati suspek membawa masuk dadah dari Semenanjung Malaysia ke Miri untuk diedarkan di Sabah.

“Lelaki itu mengaku menerima upah sebanyak RM8,000 untuk melakukan tugasan berkenaan,” katanya.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan