Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof selaku Penaung Sarawak Volunteers (hadapan,dua, kiri) bergambar pada program 'Anak Sarawak International Half Marathon 2024 'di Restoran Al-Amber Lembaga Getah, Jalan Ampang hari ini. Foto Fadillah Yusof (FB)

Larian ASIHM21 boleh jadi tarikan pelancongan sukan – Fadillah

ByBernama

KUALA LUMPUR, 24 Jan: Penganjuran larian ‘Anak Sarawak International Half Marathon’ (ASIHM21) yang dijadual berlangsung di ibu negara pada 3 Feb ini, berupaya menjadi satu lagi tarikan pelancongan sukan di Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata ini kerana larian yang diadakan di dua lebuh raya utama iaitu Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dan Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), bakal menarik 7,000 penyertaan termasuk peserta luar negara.

“Program ini merupakan kali kedua dianjurkan Sarawak Volunteers dan kali ini dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia serta beberapa penaja bersama.

“Tujuan kita laksanakan program ini untuk galakkan gaya hidup sihat, selain memaparkan pemandangan sekitar Kuala Lumpur di waktu malam yang begitu cantik sekali gus sebagai satu destinasi tarikan sukan maraton…diharap ia juga jadi daya penarik kepada pelancong yang masuk larian ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada sidang media selepas merasmikan program ASIHM21 di Jalan Ampang di sini hari ini.

Fadhilah yang juga Penaung Sarawak Voluntees, berkata antara kelainan pada edisi kedua ASIHM21 itu ialah ia dibuka kepada peminat sukan maraton antarabangsa dari 13 negara.

Setakat ini, menurutnya acara berkenaan mendapat tarikan peserta dari Sepanyol, Jerman, Itali, Kanada, Argentina, Turki, Korea Selatan, Singapura, Thailand, Brunei dan Indonesia.

“Terdapat tiga kategori yang dipertandingkan iaitu 6 kilometer (km) 11km dan 21km dengan tawaran hadiah terkumpul bagi kesemua kategori sebanyak RM60,000.

“Larian dijangka bermula pada 7 malam, 3 Feb hingga 1 pagi, 4 Feb dan pada tempoh itu beberapa jalan di SUKE serta AKLEH akan ditutup bermula 5 petang dengan kawalan pihak berkuasa,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan