Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto Bernama

Jemaah Menteri sokong usaha PM banteras jenayah tanpa kira pangkat, kedudukan – Nga

ByBernama

PUTRAJAYA, 24 Jan: Seluruh ahli Jemaah Menteri sebulat suara kekal memberikan sokongan penuh kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas usaha beliau membanteras rasuah tanpa mengira pangkat atau kedudukan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Kabinet hari ini.

“Maka saya berharap pihak-pihak yang disiasat kena hormati undang-undang. Beri masa, ruang dan peluang kepada pihak berkuasa mencari kebenaran,” kata Naib Pengerusi DAP itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis prapelancaran program The International Fire Chiefs’ Association Of Asia (IFCAA) General Conference; International Fire Conference And Exhibition Malaysia (IFCEM) dan Malaysia International Rescue Extrication Challenge (MIREC)-IFCAA Joint Drill 2024 di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di sini hari ini.

Nga berkata, terdapat pihak yang mengambil kesempatan membuat tohmahan dan dakwaan sehingga menyalahgunakan nama Istana Negara berhubung perkara membabitkan rasuah.

“Sekiranya tidak bersalah maka buktikanlah di mahkamah dan bukannya buat dakwaan atau tohmahan. Saya telah difahamkan pihak Istana Negara telah membuat laporan polis dan tindakan akan diambil,” katanya.

Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata pihaknya menerima laporan daripada Istana Negara berhubung dakwaan Chegu Bard, atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shahrin, bahawa tiga wakil Perikatan Nasional telah dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan