KPM sambut baik agenda reformasi pendidikan, pastikan kualiti dimartabat

KUALA LUMPUR, 24 Jan: Kementerian Pendidikan (KPM) menyambut baik ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri yang menetapkan semua sistem pendidikan prasekolah diselaraskan di bawah kementerian itu dalam memastikan kualiti pendidikan negara terus dimartabatkan.

Lantikan kontrak perkhidmatan awam adalah sementara – JPA

KUALA LUMPUR, 24 Jan: Pengambilan secara lantikan kontrak dalam perkhidmatan awam merupakan langkah interim (bersifat sementara) ke arah pelaksanaan kaedah baharu lantikan tetap pegawai awam yang akan melibatkan pindaan akta berkaitan.

Pengamal media akan berpeluang sertai sukarelawan APM – Ahmad Zahid

KAJANG, 24 Jan: Pengamal media akan diberi peluang menyertai sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam (APM) sebagai usaha memberi nilai tambah dalam pengendalian bencana dan pelaporan berita khususnya di lokasi kejadian, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Polis buru suspek tembak MPV

KOTA BHARU, 24 Jan: Polis giat memburu suspek dipercayai melepaskan tembakan ke arah sebuah kereta peronda polis (MPV) model Proton Preve ketika cuba ditahan berhampiran Jalan Panji di sini, semalam.