Search
Close this search box.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid. Foto Bernama

Polis akan ambil keterangan penganjur ‘Himpunan Selamatkan Rakyat’

ByBernama

KUALA LUMPUR, 23 Jan: Polis akan merakam keterangan penganjur ‘Himpunan Selamatkan Rakyat’ di pintu 2 Istana Negara di sini, pagi tadi atas kegagalan mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata penganjur perhimpunan berkenaan sudah dikenal pasti dan akan dipanggil bagi memberikan keterangan dalam masa terdekat.

Beliau berkata polis telah membuka kertas siasatan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku sepanjang perhimpunan berkenaan yang berakhir pada pukul 11.30 pagi itu,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sementara itu pemerhatian Bernama mendapati dianggarkan seramai 1,000 orang hadir ke perhimpunan berkenaan yang dianjurkan oleh sekretariat Pembela Tanah Air (PETA).

Turut hadir ke perhimpunan berkenaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia Syed Hassan Syed Ali.

Syed Hassan dan Setiausaha Agung PETA Mohd Aswanizam Alias kemudian menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang diterima oleh wakil Istana Negara yang antaranya mengandungi keluh kesah rakyat berhubung ekonomi negara.

Semalam Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata polis tidak menerima sebarang notis berhubung penganjuran himpunan daripada pihak penganjur. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan