Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Imigresen Kuala Lumpur Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata pihaknya mendapati terdapat penyalahgunaan identiti yang mana ada pihak tidak bertanggungjawab telah memanipulasi maklumat untuk tujuan penipuan yang melibatkan wang ringgit.Foto hiasan, Envanto.

Peniaga wanita rugi RM6.2 juta ditipu pelaburan emas di Facebook

IPOH, 23 Jan: Seorang peniaga wanita di Taman Rasi Jaya di sini berputih mata apabila wang lebih RM6.2 juta lesap selepas dipercayai ditipu pelaburan emas tidak wujud semalam.

Mangsa berusia 61 tahun dikatakan mula terjerat dalam penipuan itu selepas melihat blog pelaburan di Facebook pada 14 Oktober lalu.

Suri rumah rugi hampir RM1.5 juta

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd.Yusri Hassan Basri berkata, mangsa yang tertarik selepas membaca mengenai pelaburan emas telah menekan pautan untuk dihubungkan kepada pengendali di aplikasi WhatsApp.

Katanya, suspek telah memasukkan nombor telefon mangsa ke dalam beberapa kumpulan WhatsApp berbeza untuk tujuan menyertai pelaburan.

“Sejak tempoh itu, pengadu (mangsa) telah memasukkan dana sebanyak 32 kali ke dalam 11 akaun bank berbeza berjumlah RM6.22 juta.

“Namun, pada 22 Januari (semalam) apabila dia mahu mengeluarkan wang pelaburan sebanyak RM2.2 juta, suspek tidak membalas mesej dan platform pelaburan itu juga tidak dapat diakses,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Mohd Yusri, mangsa kemudiannya sedar bahawa dia telah ditipu sebelum tampil membuat laporan polis semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan