Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner (ACP) Razlam Ab Hamid pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini hari ini. Foto TVS.

Lelaki Nigeria jatuh tingkat 16, dua rakan direman kes dadah

GEORGE TOWN, 23 Jan: Dua rakan kepada seorang lelaki warga Nigeria yang maut selepas terjatuh dari tingkat 16 sebuah kondominium di Batu Uban semasa melarikan diri dari polis kelmarin direman selama seminggu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner (ACP) Razlam Ab Hamid berkata, suspek lelaki berusia 36 dan 38 tahun itu direman bermula semalam berhubung kes pengedaran dadah mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1967.

Lelaki Nigeria mati jatuh tingkat 16, polis jumpa dadah dalam kondominium

“Polis sedang menunggu maklum balas daripada pihak Jabatan Imigresen Malaysia berhubung status mereka termasuk tempoh berada dalam negara.

“Berdasarkan keterangan lisan, suspek mengaku seorang pelajar, namun kita memerlukan pengesahan mengenainya,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan seorang pelajar universiti swasta warga Nigeria maut selepas terjatuh dari tingkat 16 kondominium di Batu Uban dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang kelmarin.

Lelaki berusia 37 tahun itu dikatakan cuba melarikan diri selepas mendapati kehadiran polis semasa dia membuka pintu rumah.

Difahamkan, polis menemui kira-kira 1.8 kilogram (kh) pil estasi serta 30 gram syabu di dalam rumah tersebut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan