Search
Close this search box.
Pihak berkuasa termasuk agensi penyelamat Basarnas mempergiat usaha mencari dan menyelamat sejak Isnin. Foto Facebook Humas Basarnas Manado

Kapal LCT bawa 10 anak kapal, 6 penumpang hilang di Sulawesi

ByBernama

JAKARTA, 23 Jan: Kapal pengangkut, Bora V yang membawa 10 anak kapal dan enam penumpang hilang di perairan Tagulandang, Sulawesi Utara, selepas terputus hubungan pada Ahad ketika laut bergelora.

Pihak berkuasa termasuk agensi penyelamat Basarnas mempergiat usaha mencari dan menyelamat sejak Isnin, berikutan penemuan rakit dan jaket penyelamat, selain kerusi dipercayai milik Bora V yang hilang.

Ketua Manado Basarnas Monce Brury berkata, kedua-dua kapal agensi itu telah dikerahkan ke lokasi kejadian, namun belum menemukan kapal atau mengesan mangsa yang terselamat.

“Bora V yang membawa enam unit lori dan penjana elektrik dalam perjalanan dari Bitung ke Tagulandang apabila disyaki tenggelam,” katanya dalam satu kenyataan.

Manado Basarnas telah menghubungi agensi berkaitan dan penyedia perkhidmatan navigasi udara Indonesia, Airnav, untuk meningkatkan usaha pencarian dan berkongsi maklumat penting.

Menurut Monce, wilayah Sulawesi kini dilanda cuaca buruk dan orang ramai perlu mengelak potensi bahaya semasa dalam perjalanan atau belayar.

Agensi meteorologi, BMKG telah mengeluarkan amaran menasihati orang ramai supaya menangguhkan perjalanan yang tidak penting berikutan angin kencang, hujan dan ombak besar.

“Di Sulawesi Utara dan kawasan sekitarnya, keadaan cuaca buruk dari pagi Sabtu hingga Ahad malam mengakibatkan banyak pokok tua menghempap kenderaan dan rumah.

“Di Manado, banjir berlaku di beberapa kawasan dan penduduk dipindahkan,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan