Search
Close this search box.
Datuk Len Talif Salleh (belakang, empat dari kanan) hadir menyaksikan Majlis Pemeteraian MoU membabitkan STIDC dengan MPMA di sini hari ini.Foto, Mohamad Raffiq (TVS).

Sarawak eksport kayu, produk berasaskan kayu RM3.1 bilion tahun lepas

ByAdlina Rahman

KUCHING, 22 Jan: Nilai eksport kayu dan produk berasaskan balak oleh Sarawak pada 2023 turun kepada RM3.1 bilionĀ  berbanding RM3.9 bilion pada tahun sebelumnya, kata Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.

Timbalan Premier Sarawak itu berkata, bagi eksport kayu balak, Sarawak merekodkan RM559 juta mewakili 18 peratus nilai keseluruhan eksport negara.

Kata beliau, Jepun kekal sebagai pasaran utama yang menyumbang RM1.7 bilion atau 53 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport Sarawak pada 2023.

“Papan lapis kekal sebagai produk eksport utama dengan nilai RM1.5 bilion atau menyumbang kira-kira 48 peratus daripada jumlah pendapatan eksport,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh di Majlis Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) membabitkan Perbadanan Kemajuan Industri Kayu Sarawak (STIDC) dengan Persatuan Pekilang Panel Malaysia (MPMA) di sini hari ini.

STIDC diwakili oleh Pengurus Besarnya, Zainal Abidin Abdullah manakala Datuk Wira Sheikh Othman Rahman yang juga Pengerusi MPMA menandatangani bagi pihak persatuan itu.

MoU berkenaan antara lain bertujuan untuk mengeratkan kerjasama antara kedua-dua organisasi dalam aktiviti penanaman pokok industri lestari (ITP) serta operasi pengurusan kayu.

Selain itu, MoU berkenaan juga membuka ruang kerjasama latihan sambil kerja serta penempatan dalam industri perkayuan di Semenanjung Malaysia bagi STIDC.

Sementara itu Awang Tenagh yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II Sarawak berkata, kerajaan akan terus memperkasa industri hiliran yang merangkumi perabot, buluh, kejuruteraan kayu dan biojisim.

Kata beliau, walaupun ketika ini kayu masih lagi merupakan eksport utama Sarawak namun produk biojisim mempunyai potensi besar ekoran perkembangan ekonomi hijau di Sarawak.

“Produk biojisim seperti pelet kayu, biochar dan briket arang mempunyai permintaan tinggi di pasaran global kerana dilihat mesra alam.

“Sarawak telah mengeksport pelet kayu ke Jepun, Perancis dan Korea dengan nilai RM36 juta,” kata beliau.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan