Search
Close this search box.
Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom menyiram pokok kopi sebagai simbolik bahawa Padawan bakal menjadi pusat penanaman dan pengkomersilan kopi. Foto TVS

Padawan sebagai pusat penanaman kopi komersil

PADAWAN, 22 Jan: Padawan akan dibangunkan sebagai kawasan penanaman kopi untuk tujuan komersil menerusi Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA).

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata daerah kecil itu berpotensi untuk dibangunkan sebagai kawasan pertanian komersilmenerusi teknik fertagasi dan hidroponik, rumah hijau dan internet kebendaan (IoT).

“Saya boleh berbincang (supaya) kita boleh membina sebuah pusat penanaman agro yang dikhaskan untuk penanaman kopi supaya segala perkara yang melibatkan penghasilan kopi di Sarawak mempunyai identiti (tersendiri),” katanya.

Dr. Rundi berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan upacara penyerahan dokumen pengambil alihan Pusat Pertumbuhan Desa (RGC) Padawan oleh GKCA di Pejabat Daerah Kecil Padawan di sini, hari ini.

Turut dirancang, beberapa fasa pembangunan di kawasan Padawan, antaranya pembinaan dewan serbaguna, pusat pengumpulan, pemprosesan dan pembungkusan, rumah ibadat, bangunan kedai, pasar tamu dan stesen minyak.

Mengenai pembangunan sektor pelancongan di kawasan itu, beliau berkata:

“Terserah kepada mereka (untuk) pembangunan kawasan ini, tetapi ini yang saya dengar apa yang mereka mahu (bangunkan), kopi.”

Hadir sama, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Dato Sri Roland Sagah Wee Inn merangkap Pengerusi GKCDA, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (Komoditi dan Pembangunan Wilayah) Datuk Martin Ben dan Timbalan Menteri Pengangkutan (Darat dan Udara) Datuk Jerip Susil. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan