Search
Close this search box.
Foto menunjukkan pesawat kecil Dassault Falcon 10 buatan Perancis. Pesawat jenis sama dilaporkan terhempas di Afghanistan pada Sabtu. Foto AFP.

Nahas pesawat Rusia: 4 daripada 6 penumpang selamat

ByBernama

KABUL, 22 Jan: Seramai empat daripada enam penumpang termasuk juruterbang ditemukan masih hidup pada Ahad selepas sebuah pesawat Rusia terhempas di wilayah Badakhshan di timur laut Afghanistan, kata pentadbiran Taliban.

Dalam satu kenyataan di X, jurucakap pentadbiran sementara Taliban Zabihullah Mujahid berkata pesawat yang dilaporkan hilang di wilayah Badakhshan telah dijumpai di kawasan Aruz Koh di daerah Kuf Ab, lapor Agensi Berita Anadolu.

Pesawat penumpang terhempas di kawasan pergunungan di Afghanistan

Beliau berkata pasukan penyiasat sedang mengesan dua lagi penumpang pesawat malang itu.

Agensi Pengangkutan Udara Persekutuan Russia (Rosaviatsiya) yang merujuk kedutaan Rusia di Afghanistan berkata jet peribadi Falcon 10 yang terhempas telah dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat tempatan.

Terdahulu, pihak berkuasa penerbangan Rusia berkata pesawat dengan enam orang penumpang merupakan penerbangan sewa khas dari India melalui Uzbekistan ke Moscow.

Pihak berkuasa Rusia berkata pesawat itu, sebuah jet Dassault Falcon 10 buatan Perancis dan berdaftar di negara berkenaan dan hilang daripada skrin radar di Afghanistan pada petang Sabtu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan