Search
Close this search box.
Pasukan bomba membantu membawa mayat lelaki warga Nigeria yang terjatuh dari tingkat 16 sebuah kondominium di Batu Uban semalam. Foto TVS

Lelaki Nigeria mati jatuh tingkat 16, polis jumpa dadah dalam kondominium

GEORGE TOWN, 22 Jan: Seorang lelaki warga Nigeria yang cuba melarikan diri semasa diserbu polis mati selepas terjatuh dari tingkat 16 sebuah kondominium di Batu Uban di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang, lelaki berusia 37 tahun yang juga pelajar sebuah universiti swasta itu ditemui terbaring di koridor tingkat dua kondominium tersebut sebelum disahkan mati.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner (ACP) Razlam Ab Hamid berkata, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang yang melakukan serbuan telah mengetuk pintu sebuah unit kondominum sebelum dibuka oleh seorang lelaki.

Katanya, lelaki itu kemudiannya bertindak mengunci semula pintu sebaik menyedari kehadiran polis sebelum pasukan polis berjaya memecah masuk ke dalam rumah berkenaan.

“Beberapa lelaki dipercayai warga Nigeria didapati berada di dalam rumah itu selain seorang lagi ditahan di tingkat lapan selepas cuba melarikan diri.

“Pemeriksaan di sekitar bangunan terbabit kemudiannya mendapati sekujur tubuh terbaring di tingkat bawah dipercayai lelaki berusia 37 tahun yang membuka pintu tadi,” katanya kepada pemberita hari ini.

Tambah Razlam, pihaknya yang menggeledah unit yang disewa tersebut turut menemui sejumlah dadah jenis ekstasi dan syabu.

Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala kematian suspek diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan