Search
Close this search box.
Kes denggi turun kepada 3,781 kes pada ME04 2024. Foto hiasan, Envato.

Kes denggi meningkat, dua kematian direkodkan

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 22 Jan: Dua kematian direkodkan pada Minggu Epidemiologi (ME) dua akibat komplikasi demam denggi.

Kementerian Kesihatan (KKM) berkata, bagi ME dua, jumlah kes yang dilaporkan ialah sebanyak 3,552 berbanding 3,181 pada minggu sebelumnya.

“Kes kumulatif demam denggi yang dilaporkan sehingga ME dua 2024 ialah 6,706 berbanding 4,739 kes bagi tempoh sama tahun lepas,” jelas KKM menerusi kenyatan media di Putrajaya hari ini.

Sementara itu, sebanyak 136 lokasi hotspot turut dikesan di seluruh negara pada ME dua berbanding 130 pada minggu sebelumnya.

“Berdasarkan 136 lokaliti yang dilaporkan, sebanyak 106 di Selangor serta 17 di Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur dan Putrajaya,” tambah KKM.

Lain – lain kawasan hotspot demam denggi termasuklah lima di Perak, empat di Negeri Sembilan serta masing – masing dua di Pulau Pinang dan Sabah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan