Search
Close this search box.
Isteri Tun Daim Zainudin, Toh Puan Nai'mah Abdul Khalid bercakap kepada pemberita sejurus tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama dua anaknya, Muhammed Amin serta Muhammed Amir, pada 10 Januari. Foto, Bernama.

Isteri Daim akan didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok

ByBernama

KUALA LUMPUR, 22 Jan: Isteri bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Nai’mah Abdul Khalid, dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen di sini esok susulan siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Semakan dalam sistem e-filing mahkamah mendedahkan bahawa kes itu akan disebut di hadapan Hakim Azura Alwi pada 9 pagi.

SPRM ambil keterangan anak bekas Perdana Menteri hari ini

Warga emas berusia 66 tahun itu akan didakwa di bawah Akta SPRM namun butiran lanjut tidak dinyatakan.

Pada 10 Januari lepas,  Nai’mah dan dua anak lelakinya hadir ke ibu pejabat SPRM untuk memberi keterangan serta membantu siasatan agensi anti rasuah itu terhadap Daim yang juga seorang ahli perniagaan.

Sebelum ini, Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram SPRM Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin mengesahkan bahawa kenyataan telah diambil daripada isteri dan anak-anak lelaki Daim untuk membantu siasatan di bawah undang-undang pencegahan pengubahan wang haram.

SPRM turut menjelaskan bahawa siasatan ke atas Daim adalah berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Kertas Pandora dan kertas siasatan bagi kes itu telah dibuka pada Februari tahun lepas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan