Search
Close this search box.
Pengambilalihan tiga entiti iaitu syarikat penerbangan MASWings, Pelabuhan Bintulu dan Affin Bank Berhad menggambarkan satu rangka persediaan yang dibuat oleh Kerajaan Sarawak bagi tempoh jangka panjang. Foto Faitullah Morni (TVS).

Tiada mesyuarat khas pelantikan Yang di-Pertua Negeri Sarawak – Jabatan Premier Sarawak

ByAdlina Rahman

KUCHING, 21 Jan: Pejabat Premier Sarawak menafikan laporan berlangsung mesyuarat khas bagi membincangkan perlantikan Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

“Pejabat Premier Sarawak mengesan laporan media yang menyebut berlangsung mesyuarat khas di Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membincangkan perlantikan Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Berita Wan Junaidi letak jawatan Yang Dipertua Dewan Negara, saya tidak tahu – Dr. Sim

“Sehubungan itu, Pejabat Premier Sarawak ingin mengesahkan bahawa tiada mesyuarat seperti didakwa,” jelas pejabat itu menerusi kenyataan media hari ini.

Semalam Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perlantikan Yang di-Pertua Negeri Sarawak terletak di bawah kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong.

Abang Johari ‘kunci mulut’ spekulasi Wan Junaidi, TYT baharu

Sebelum ini terdapat laporan media yang menyebut, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar meletak jawatan bagi membolehkan beliau dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak kelapan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan