Search
Close this search box.
Awang Tengah menyerahkan hadiah cabutan bertuah kepada pemenang bertuah Pertandingan Memancing GP hari ini. Foto, TVS.

Projek mega termasuk lapangan terbang di utara Sarawak diteruskan tahun ini

LAWAS, 21 Jan: Tiga projek mega di utara Sarawak termasuk yang sedang dilaksanakan akan diteruskan pada tahun ini, kata Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Timbalan Premier Sarawak itu berkata, projek berkenaan membabitkan pembinaan Rangkaian Jalan Raya Sarawak Sabah (SSLR), Lebuh Raya Pesisir Utara dan lapangan terbang baharu di Lawas.

Kata beliau, SSLR fasa satu yang sedang dibina akan diteruskan dari Miri ke Limbang dan Lawas hingga ke Sabah tanpa melalui Brunei.

“Kita juga merancang untuk memulakan perlaksanaan fasa pertama projek lapangan terbang baharu di Lawas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas hadir menyaksikan Pertandingan Memancing GP Joran di Tebingan Sungai Kuala Lawas di sini hari ini.

Sementara itu, Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak memaklumkan, projek sambungan talian penghantaran ke grid utama bekalan elektrik dari Miri ke Lawas dan Limbang juga diteruskan tahun ini.

“Sambungan ini akan dapat meningkatkan kapasiti penggunaan dan menambah baik prestasi bekalan di kedua-dua daerah itu,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, Kerajaan Sarawak juga memberi tumpuan untuk meningkatkan kapasiti bekalan air bersih, pembinaan jeti di Bukit Sari, meningkatkan capaian internet serta pembinaan menara telekomunikasi di utara Sarawak pada tahun ini.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan