Search
Close this search box.
Chrisezra Ason Anak Bert Willington (kiri ) dan Catriona Siaw Cun Yun (tengah) memakai pakaian identiti Sarawak ketika kejohanan berlangsung di Greece. Foto, Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Pelajar MRSM Betong menang gangsa pertandingan Robot Antarabangsa Olimpik di Greece

ByNina Azman

KUCHING, 21 Jan: Dua pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Betong mengharumkan nama Sarawak dan Malaysia apabila berjaya meraih pingat gangsa pada pertandingan Robot Antarabangsa Olimpik ke-25 Athens, Greece baru – baru ini.

Pertandingan yang berlangsung bermula 16 Januari hingga semalam itu menyaksikan Chrisezra Ason Bert Willington dan Catriona Siaw Cun Yun menunjukkan kemampuan mereka bersaing dengan 1,430 peserta dari 13 negara.

Lebih menarik, kedua – dua anak muda itu berbangga memakai pakaian Orang Ulu dan Baju Burung Iban ketika bersaing pada kejohanan berkenaan.

Menurut Majlis Amanah Rakyat (MARA), Malaysia turut membawa pulang pingat emas yang dimenangi oleh pelajar MRSM Semporna, Sabah, Muhammad Darwisy Aqil Kasful dan Ahmad Fakhrul Afnan Abdul Fattah bagi kategori robot dalam filem.

“Pingat perak pula dimenangi oleh pelajar MRSM Parit, ⁠Iman Amadi Abdul Hadi Andrew dan Alya Umyra Ahmad Hafizullah Amir,” kata MARA menerusi kenyataan media.

Sementara itu, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu mengucapkan tahniah kepada Chriszera Ason dan Catriona Siaw di atas pencapaian cemerlang mereka.

“Tahniah kepada Chrisezra Ason Bert Willington dan Catriona Siaw Cun Yun dari MRSM Betong yang mendapat pingat gangsa dalam kategori Senior Creative.

“Mereka dibimbing oleh Cikgu Amran dan Cikgu Zaim. Kami berbangga atas kejayaan ini,” katanya ketika menyambut kedua-dua pelajar itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching hari ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan