Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi ditemui media ketika menghadiri Program Car Free Morning di Tugu Pahlawan, Kuching, hari ini. Foto TVS.

DBKU sediakan kemudahan awam lebih selamat untuk pejalan kaki, penunggang basikal

KUCHING, 21 Jan: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan menyediakan kemudahan-kemudahan awam yang lebih selamat untuk pejalan kaki dan penunggang basikal dengan beberapa pendekatan telah pun dilaksanakan sejak beberapa tahun lalu.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, Kerajaan Sarawak melalui DBKU komited menyediakan prasarana terbaik bagi menjamin keselamatan masyarakat di bawah kawasan pentadbirannya.

“Suatu ketika dahulu Kuching amat popular dengan penunggang basikal yang menggunakan basikal pada setiap hari terutama hujung minggu, kali ini kita hendak mengambil pendekatan dalam kita membina laluan basikal kita bina jua laluan pejalan kaki untuk keselamatan para pengguna dan juga masyarakat warga kota Kuching.

“Jadi itu antara cadangan yang akan kita masukkan dalam perancangan DBKU apabila membina laluan-laluan baharu pada masa akan datang,” katanya ditemui media ketika menghadiri Program Car Free Morning di Tugu Pahlawan di sini, hari ini.

Abdul Rahman berkata, salah satu projek terkini yang akan dilaksanakan ialah projek naik taraf Jalan Sultan Tengah bermula dari bulatan Yayasan Sarawak sehingga ke Damai.

“Saya baharu diberi taklimat minggu lepas oleh pihak SEDC bahawa laluan itu akan menjadi laluan pertama yang akan menggunakan laluan khas basikal sepanjang 26 kilometer.

“Jadi saya akan maklumkan pada mereka pada masa akan datang akan disambungkan dengan jalan-jalan yang lain di seluruh kawasan Kuching Utara,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan