Search
Close this search box.
Debak antara kawasan yang dilanda banjir di Sarawak, sejak kelmarin. Foto, TVS.

Banjir: Situasi di Betong pulih, 55 mangsa di Bintulu masih berlindung di PPS

KUALA LUMPUR, 21 Jan: Seramai 120 mangsa banjir masih berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor dan Sarawak setakat tengah hari ini.

Berdasarkan laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), dua PPS di Betong, Sarawak yang menempatkan 404 orang daripada 120 keluarga telah ditutup.

Hanya satu PPS di Bintulu yang menempatkan 55 mangsa daripada 27 keluarga masih beroperasi.

Mangsa banjir di Johor pula kekal 65 orang daripada 19 keluarga yang berlindung di dua PPS di Segamat.

Sementara itu, tinjauan situasi di Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati beberapa sungai berada pada paras bahaya iaitu Sungai Johor di Kota Tinggi, Johor; Sungai Kedah (Kota Setar, Kedah); Sungai Arau (Arau, Perlis); dan Sungai Terengganu (Hulu Terengganu, Terengganu).

NADMA turut memaklumkan sebanyak 18 jalan ditutup akibat banjir, jambatan rosak dan cerun runtuh antaranya Jalan Petri Jaya di Kota Tinggi, Johor; Jalan Raya Timur Barat di Hulu Perak, Perak dan Jalan Durian Mentangau di Dungun, Terengganu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan