Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Kawasaki Kuching, di Kuching, hari ini. Foto: Fiqri Razak (TVS)
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Kawasaki Kuching, di Kuching, hari ini. Foto: Fiqri Razak (TVS)

Spekulasi Wan Junaidi TYT baharu, tunggu tuan empunya badan bersuara – Abdul Karim

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 20 Jan: Spekulasi terhadap isu Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar meletak jawatan sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara hanya akan terjawab selepas tuan empunya badan bersuara, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak itu berkata demikian sambil mengakui beliau turut difahamkan Wan Junaidi bakal mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara itu.

“Saya pun membaca di media sosial, ada yang menyatakan beliau didakwa bakal dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak, sama ada itu betul atau pun tidak kita tunggu sahaja.

“Bagi saya, semua ini adalah ramalan, tetapi ramalan ini kadang-kadang betul, kadang-kadang tidak betul, sama seperti ramalan cuaca juga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Kawasaki Kuching, di sini, hari ini.

Menurut Abdul Karim, tempoh perkhidmatan Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak akan tamat tidak lama lagi.

“Sama ada akan dilanjutkan atau tidak, ia terpulang kepada cadangan daripada kerajaan negeri dan juga Yang di-Pertuan Agong kerana baginda yang akan menentukan pelantikan tersebut. Jadi kita tunggu dan lihat sahaja,” katanya.

Sehubungan itu, Abang Karim mengingatkan rakyat agar yakin terhadap kebijaksanaan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berhubung pelantikan Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang baharu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan