Search
Close this search box.
Dari kiri: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyantuni mangsa banjir di sini diiringi Ahli Parlimen Betong Dr Richard Rapu dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Datuk Mohamad Razi Sitam. Kredit: JPBN Sarawak

Banjir: Mohon JKS pantau kesihatan mangsa di PPS – Uggah

ByIzzah Kamilah Yunus

DEBAK, 20 Jan: Mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh negeri ini dinasihatkan agar menjalani saringan COVID-19 segera sekiranya kesihatan merosot, kata Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak itu memohon agar Jabatan Kesihatan Sarawak membantu pihaknya memantau kesihatan mangsa banjir ketika ini.

KKM diseru pantau mangsa banjir – Uggah | TVS

“Ini amat kritikal bagi memastikan mereka tidak dijangkiti Covid-19. Kami pastinya tidak mahu mereka mengalami kemunduran lagi, menambahkan lagi kesusahan mereka.

“Saya amat berpuas hati dengan kerjasama erat mereka dalam menyediakan makanan, peralatan tempat tidur dan kemudahan lain yang diperlukan di sana,” kata beliau.

Timbalan Premier Sarawak itu berkata demikian kepada pemberita selepas melawat 364 mangsa banjir di PPS Dewan Millenia dan Dewan Perpaduan di sini hari ini.

Mengulas mengenai masalah banjir di sini, beliau mendedahkan  projek tebatan banjir yang kini sedang dilaksanakan sudah siap sekitar sembilan peratus.

“Kami akan berbincang dengan Jabatan Saliran dan Pengairan untuk mempercepatkan penyiapannya sejak ia dimulakan selepas wabak Covid-19,” ujar beliau.

Dalam pada itu, berhubung keadaan banjir di negeri ini, beliau berkata setakat ini terdapat empat PPS  telah disediakan.

Ia termasuk dua di Bahagian Bintulu untuk lapan keluarga di kawasan bandar yang dilanda ribut baru-baru ini dan di Sungai Muput, Anap di Tatau melibatkan 37 keluarga mangsa banjir.

Dewan Millennia kini menempatkan 141 orang daripada 39 keluarga manakala Dewan Perpaduan mempunyai 223 keluarga daripada 71 keluarga dan kesemua mangsa berasal dari Kampung Babu, Kampung Bungey dan Kampung Lalang di sini.

Turut hadir hli Parlimen Betong Dr Richard Rapu dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Datuk Mohamad Razi Sitam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan