Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan merangkap ADUN Piasau, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, menyerahkan anugerah khas kepada pelajar pada Majlis Apresiasi Murid Tingkatan 5 Tahun 2023 SMK St Columba Miri pada Sabtu. Foto TVS

Bakat, pendidikan anak Sarawak majukan negeri – Sebastian

MIRI, 20 Jan: Generasi muda merupakan aset masa depan memandangkan bakat dan kemahiran yang dimiliki mereka akan memangkin kemajuan Sarawak.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew berkata sehubungan itu Kerajaan Sarawak amat menitikberatkan penguasaan bidang pendidikan rakyatnya.

“Bakat sangat penting kerana Sarawak bersaiz besar namun penduduknya kecil. Saiznya ialah 124,000 kilometer persegi namun populasi hanya 2.81 juta dan daripada 2.81 juta, 400,000 pada masa ini berada di luar Sarawak.

“Jadi sebenarnya kita hanya ada 2.41 juta di Sarawak. Jadi bakat sangat penting. Untuk itu, Kerajaan Sarawak banyak menitikberatkan pendidikan,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau berkata demikian pada Majlis Apresiasi Murid Tingkatan 5 Tahun 2023 SMK St Columba Miri pada Sabtu.

Terdahlu, seramai 170 pelajar Tingkatan 5 diraikan pada majlis hari ini dengan acara penganugerahan tujuh anugerah khas diberikan kepada barisan pelajar yang memperoleh pencapaian cemerlang.

Terdahulu, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah mengumumkan dasar pendidikan tinggi percuma menjelang tahun 2026 bagi membolehkan semua anak Sarawak meneruskan pengajian selepas tamat sekolah menengah.

Dasar tersebut akan membolehkan anak-anak Sarawak yang melanjutkan pengajian di lima institusi tinggi milik kerajaan negeri iaitu Universiti Curtin, Universiti Swinburne, Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Kolej Universiti i-CATS, dan Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) untuk dikecualikan daripada membayar yuran pengajian. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan