Search
Close this search box.
Awang Tengah ketika melawat mangsa kebakaran di Trusan Lawas. Foto: BBP Lawas.

Awang Tengah lawat mangsa kebakaran di Trusan, beri kata semangat

LAWAS, 20 Jan: Simpati terhadap nasib mangsa kebakaran di Kampung Batu Tiga, Jalan Trusan, di sini, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menemui mereka hari ini sebagai tanda sokongan psikologi.

Beliau meluangkan masa sekitar sejam turut berkongsi kesedihan dengan mangsa serta memberi kata-kata semangat kepada mangsa selain meyumbangkan bantuan peribadi kepada mangsa terlibat.

Dalam kejadian Selasa lepas seorang wanita, 38, cedera ringan manakala empat penghuni lain berjaya menyelamatkan diri dalam insiden kebakaran yang memusnahkan hampir keseluruhan rumah mereka di Kampung Batu Tiga, Trusan.

Kebakaran yang berlaku jam 9.12 pagi itu menyebabkan keseluruhan kediaman mereka ranap dijilat api. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan