Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika ditemui pemberita selepas hadir merasmikan Eden Damai Wellness di Damai Lagoon Resort, di Santubong, hari ini. Foto: Hafeezzur Muzamir (TVS)

Abang Johari ‘kunci mulut’ spekulasi Wan Junaidi, TYT baharu

ByHafeezzur Muzamir

SANTUBONG, 20 Jan: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg enggan mengulas berhubung spekulasi perlantikan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang baharu.

Abang Johari menegaskan urusan berkenaan adalah di bawah bidang kuasa Yang Di-Pertuan Agong.

Abang Johari ‘kunci mulut’ spekulasi Wan Junaidi, TYT baharu | TVS

“Saya tiada komen sebab ia merupakan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong

“Saya tidak dapat komen, kerana ia kuasa mutlak Agong,” kata beliau ketika ditemui pemberita selepas hadir merasmikan Eden Damai Wellness di Damai Lagoon Resort, di Santubong, hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya oleh pemberita sama ada Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang diuar-uarkan serta dikaitkan dengan lantikan jawatan itu, Abang Johari ‘kunci mulut’ dan enggan mengulas mengenai perkara tersebut.

“Tanyalah beliau, saya mintak maaf tidak dapat beri komen,” ujar beliau.

Sejak semalam, beberapa media tempatan melaporkan Speaker Dewan Negara Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah meletak jawatan dan sedang bersiap sedia untuk menyandang jawatan Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Memetik laporan Harian Metro hari ini berkata, sumber yang rapat Astana Negeri Sarawak memaklumkan, mesyuarat khas diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pagi tadi dipercayai membincangkan pelantikan Yang di-Pertua Negeri yang baharu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan