Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Tiga lelaki dipercayai dalang “kartel perolehan” TLDM direman tujuh hari

ByBernama

JOHOR BAHRU, 19 Jan: Tiga lelaki direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes “kartel perolehan” melibatkan kerja-kerja pembinaan di sebuah Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bernilai lebih RM9 juta.

Majistret Nurmadiana Mamat membenarkan permohonan reman hingga 25 Jan ini terhadap ketiga-tiga lelaki berumur lingkungan 28 hingga 47 tahun itu bagi membolehkan siasatan di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Terdahulu, kesemua mereka yang berpakaian baju lokap SPRM tiba di pekarangan Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini kira-kira 9.40 pagi tadi diiringi pegawai SPRM.

Semalam, tiga lelaki yang dipercayai bertindak sebagai dalang kepada “kartel perolehan” itu ditahan  SPRM Johor di pejabat agensi itu kira-kira 6 petang.

Tangkapan terhadap ketiga-tiga individu terbabit dipercayai dibuat atas kesalahan tuntutan palsu dan menjadi dalang kartel terbabit kepada 13 syarikat pembekal yang menguruskan kerja-kerja pembinaan di kem berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan