Search
Close this search box.
Tengku Hassanal menerima cenderamata daripada Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, hari ini. Foto UKAS

Tengku Hassanal berangkat pulang ke ibu negara

KUCHING, 19 Jan: Setelah lima hari meluangkan masa melawat beberapa lokasi di bandar raya ini serta menyantuni rakyat Bumi Kenyalang, Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat pulang ke ibu negara dengan pesawat khas pada 12.30 tengah hari dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah mengetuai kenamaan tempatan yang hadir di lapangan terbang itu bagi mengucapkan selamat berangkat kepada Tengku Hassanal dan rombongan.

Tengku Hassanal melambaikan tangan sebelum berangkat balik ke ibu negara, hari ini. Foto UKAS

Sepanjang lawatan kerja di bandar raya ini, baginda berkenan mengunjungi beberapa lokasi ikonik seperti Dataran Ibu Pertiwi, Jambatan Darul Hana dan Muzium Kebudayaan Borneo.

Selain itu, Tengku Hassanal turut melawat pejabat Petroleum Sarawak Berhad (PETROS), Menara Sarawak Energy Berhad (SEB), Algae Nursery Site Resintech Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dan Pusat Hidupan Liar Semenggoh.

Hadir sama mengiringi keberangkatan pulang baginda ialah Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) Datu Hii Chang Kee. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan