Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembagunan Bakat Sarawak (MEITD), Datuk Dr Annuar Rapaee merakam kenangan bersama warga sekolah selepas Majlis Penangguhan Program PLASS di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taee. Foto TVS

Sarawak sasar tingkat nilai Gred Purata Sekolah (GPS) di luar bandar – Dr Annuar

SERIAN, 19 Jan: Sarawak optimis meningkatkan nilai Gred Purata Sekolah (GPS) di negeri ini khususnya bagi kawasan luar bandar selari dengan hasrat kerajaan negeri mahu menyediakan pendidikan tinggi percuma pada 2026.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembagunan Bakat Sarawak (MEITD), Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, ketika ini sebanyak 52 peratus atau sekitar 98 buah sekolah menengah di Sarawak memiliki nilai GPS di bawah nilai Gred Purata Nasional, 4.71.

Menurutnya, dalam memastikan pencapaian terbabit tercapai, Kerajaan Sarawak turut meningkatkan peruntukan daripada RM10 juta kepada RM15 juta bagi melaksanakan kelas tambahan percuma kepada pelajar Tingkatan Tiga, Empat dan Lima.

“Kita mesti mencapai sasaran peningkatan GPS ini pada tahun 2026 kerana nilai gred tersebut adalah lebih baik daripada yang layak memperolehi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Perkara ini disebabkan yang layak memperoleh sijil kita tidak mengetahui kualiti pelajar terbabit namun bersandarkan nilai GPS adalah berdasarkan subjek yang pelajar ini lulus dengan cemerlang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Penangguhan Program PLASS di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taee di sini pada Jumaat.

Annuar berkata, satu mesyuarat penyelaraskan akan dilaksanakan hari ini (Jumaat) bagi meneliti kaedah penyampaian yang bersesuaian dengan peruntukan berjumlah RM15 juta berkenaan agar ia dapat dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar terlibat.

Katanya MEITD sudah mengenal pasti sekolah-sekolah tersebut bagi program berkenaan serta fokus akan diberikan kepada subjek-subjek penting termasuk Sejarah , Bahasa Inggeris, Sains dan Matemetik.

Tambahnya penyediaan fasiliti pendidikan seperti kelas yang kundusif serta tenaga pengajar yang mencukupi turut menjadi perkara yang perlu diberikan penekanan bagi mencapai sasaran terbabit. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan